JUDUL : BISIK PADA LANGIT
TARIKH TAYANGAN : 15 September 2016
SIARAN : Astro First Eksklusif (480)
SKRIP : Sofia Rhyland & Maizura Ederis
PENGARAH : Kabir Bhatia
TERBITAN : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Khusyairi, Fadilah Mansor, Naim Daniel, Erwin Dawson
LAGU TEMA / OST BISIK PADA LANGIT
Tajuk : Lygophobia
Penyanyi : Akim & The Majistret
Lirik : Laq
Komposer : Hang Nadim
SINOPSIS BISIK PADA LANGIT Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.
Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.